Friday, January 21, 2011

Belajar Daripada Kesungguhan Imam Syafei Menuntut Ilmu

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 hanya. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah Ta'ala. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah Ta'ala. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.


“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.


Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.” 
 

Saturday, January 8, 2011

The Importance of Aqidah


Jundub Ibn Abdullaah al-Bajaly said, "We learned eemaan (faith) and then we learned the Qur'aan and it increased our eemaan."
Abdullaah ibn Umar said, "We lived during an instant of time in which one of us would receive faith first before receiving the Qur'aan and when the surahs were revealed we would learn what they permitted and what they prohibited and what they forbade and what they ordered and what should be the stance towards them. But I have seen many men from whom one is given the Qur'aan before eemaan and he reads it from the opening of the Book to its closing and he does not know what it orders and what it forbids and what should be his stance towards it. He is like someone who is just throwing out dates [i.e., he does not get any benefit from his recital]."
That is the manner in which the Prophet brought up his companions: Eemaan first and then the Qur'aan. This is similar to what Imaam Abu Hanifa pointed out: Understanding in the religion first (i.e. tawheed) and then understanding in the science (i.e. the sharee'ah).
The beliefs must be corrected first, then follows all of the other aspects of the religion.
And Imaam ash-Shafi'ee said, "That a servant meets allaah with every sin except Shirk is better say than meeting Him upon any of the innovated beliefs."

Monday, November 29, 2010

TURKI : Selangkah menuju khilafah Islam?

 
 
ISTANBUL : Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, beliau mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin walaupun ditentang hebat golongan sekular.

Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen.

“Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.

Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu.
Parti AKP yang dibentuk selepas pengharaman Parti Islam, sejak sekian lama mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan kerana mendakwa peraturan itu melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.

Kumpulan sekular termasuk tentera, badan kehakiman dan ahli akademik kanan, melihat tudung kepala sebagai simbol penentangan terhadap sistem sekular di Turki.

Mereka mendakwa kelonggaran yang diberikan akan meningkatkan tekanan sosial terhadap wanita untuk menutup aurat.

Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa AKP mahu menghapuskan sistem sekular.

“Bagaimana anda boleh katakan bahawa mereka yang memakai tudung tidak sekular. Kita mempunyai masyarakat di mana mereka yang bertudung dan tidak bertudung mempertahankan negara demokratik dan sekular,” katanya.- AFP


Kenyataan dan tindakan pimpinan turki sekarang menampakkan ke arah sistem khilafah islam. Walaupun jelas, sebelum ini Turki begitu mengamalkan sekular dan ini hanya sedikit sahaja perubahan. InsyaAllah ini hanya satu langkah, teruskan langkah ke arah sistem khilafah islam. Perdana Menteri Turki juga akhirnya membenarakan ulama' terlibat dengan politik baru-baru ini walaupaun ditentang hebat oleh puak sekular di negara itu.

Monday, November 15, 2010

Salam Eidul Adha

SIS : Adakah Mereka Lupa?



Merujuk kepada post sebelum ini

Zina!!! : Bukan Hanya Berlaku Kepada Anak2 Muda yang Tidak Berkahwin Sahaja

Kenapa diambil contoh Sister In Islam?
Kerana mereka mengelar diri mereka pembela muslimah... tapi banyak menyeleweng.



Diatas hanya secebis sahaja penyelewengan yang dibuat SIS.
Ini beberapa contoh lain:

1. SIS bersetuju perempuan boleh menjadi iman kepada lelaki.

Antara hujah mereka:
- Pada tahun 699M/77H, seorang perempuan Khawarij bernama Ghazala juga pernah menjadi imam solat kepada askar-askar lelaki di Kufa dan telah membaca dua surah terpanjang dalam solat tersebut. Ada beberapa ulama klasik yang enggan mengikitiraf peristiwa ini dengan alasan Ghazala dari kaum Khawarij. Namun, haruslah diingat bahawa Khawarij dianggap pelampau kerana mereka terlalu berpegang pada ajaran Al-Qur'an secara harfiah dan enggan berijtihad dalam penafsiran agama, dan bukan kerana mereka tidak percaya Al-Qur'an dan sunnah Nabi. (sila rujuk al-Tabari, kitab Tarikh al-Rusul wa'l Muluk, Kaherah, Bab 51 ms 80, Abu al Hassan Ali Masudi (Muruj al-Thahab, Dar al-Andalus, Beirut 1965, bab 3 ms 139)


(p/s: Dalam ahli sunnah wal jamaah, fahaman khawarij adalah sesat dan menyeleweng.)

2. SIS menolak terus poligami.


"Oleh yang demikian, persoalan yang wajar dipertimbangkan dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah undang-undang keluarga Islam, apabila difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an mengenai poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab Suci al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang mengandungi rangkaikata "kahwinilah seorang sahaja". Malah, masyarakat orang Islamlah yang sepatutnya telah memimpin masyarakat lain dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."
Sisters In Islam

(p/s: poligami tidak haram dalam Islam, yang haram hanya kepada suami yang tidak berlaku adil)

3. SIS membantah sebat ke atas wanita yang bersalah.


Sebat Syariah dan krisis persepsi SIS
Kenyataan terbaru Sister in Islam (SIS) oleh Pengerusi Eksekutif barunya Dr Hamidah Merican (bawah) membantah hukuman sebat syariah terhadap tiga pesalah wanita mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram)
Thursday, February 18, 2010

(p/s: hukum sebat kepada yang bersalah adalah hukuman yang telah ditetapkan Allah (hukum hudud), kufur bagi mereka yang menolaknya... nauzubillah)

Adakah mereka lupa....
Mereka kata hukuman Islam seperti sebat Kejam terhadap wanita....
Mereka kata Islam tidak adil pada wanita....
Lupakah mereka,
semasa zaman jahiliah...
"Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah." - Wikipedia.
Islam yang mengangkat kembali martabat wanita...
Janganlah anda lupa...
Allahu akbar!