Saturday, November 6, 2010

Zina!!! : Bukan Hanya Berlaku Kepada Anak2 Muda yang Tidak Berkahwin Sahaja



Berlakunya zina bagi yang telah berkahwin.
Ia bukan dengan seseorang itu bersekedudukan dengan orang lain.
Tapi berzina dengan "isteri" sendiri...
Ye ke zina boleh berlaku walaupun telah bergelar suami isteri?

1. Tidak sah perkahwinan apabila salah seorang atau kedua-dua suami isteri murtad.

2. Batal syahadah atau punah aqidah juga sudah tidak Islam seseorang itu.

3. Contoh: Sister In Islam (SIS) mengatakan hukum Islam (sebat) tidak sesuai dan zalim ke atas wanita yang bersalah seperti minum arak.

4. Mereka (SIS) menolak terus poligami dalam Islam.

5. SIS telah melawan hukum yang telah ditetapkan Allah, maka ia boleh merosakkan aqidah.

6. Mereka (SIS) yang bergelar suami isteri tidak sedar bahawa sudah terbatal syahadah dengan kenyataan mereka, tetapi masih melakukan hubungan suami isteri.

7. Bagaimana pula, wali, saksi yang rosak aqidah...???




sedikit rujukan dari:
jalanakhirat.wordpress.com

Rukun Nikah:

* Pengantin lelaki
* Pengantin perempuan
* Wali
* Dua orang saksi
* Ijab dan kabul (akad nikah)

Syarat bakal suami

* Islam
* Lelaki yang tertentu
* Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
* Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
* Bukan dalam ihram haji atau umrah
* Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
* Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
* Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri

* Islam
* Perempuan yang tertentu
* Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
* Bukan seorang khunsa
* Bukan dalam ihram haji atau umrah
* Tidak dalam idah
* Bukan isteri orang

Syarat wali

* Islam, bukan kafir atau murtad
* Lelaki dan bukannya perempuan
* Baligh
* Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
* Bukan dalam ihram haji atau umrah
* Tidak fasik
* Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
* Merdeka
* Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Syarat-syarat saksi

* Sekurang-kurangya dua orang
* Islam
* Berakal
* Baligh
* Lelaki
* Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
* Boleh mendengar, melihat dan bercakap
* Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
* Merdeka

Syarat ijab

* Pernikahan nikah hendaklah tepat
* Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
* Diucapkan oleh wali atau wakilnya
* Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
* Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Syarat qabul

* Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
* Tiada perkataan sindiran
* Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
* Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
* Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
* Menyebut nama bakal isteri
* Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):”Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai” ATAU “Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku”.

No comments:

Post a Comment