ISTANBUL : Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, beliau mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin walaupun ditentang hebat golongan sekular.
Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen.
“Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.
Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu.
Parti AKP yang dibentuk selepas pengharaman Parti Islam, sejak sekian lama mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan kerana mendakwa peraturan itu melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen.
“Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.
Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu.
Kumpulan sekular termasuk tentera, badan kehakiman dan ahli akademik kanan, melihat tudung kepala sebagai simbol penentangan terhadap sistem sekular di Turki.
Mereka mendakwa kelonggaran yang diberikan akan meningkatkan tekanan sosial terhadap wanita untuk menutup aurat.
Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa AKP mahu menghapuskan sistem sekular.
“Bagaimana anda boleh katakan bahawa mereka yang memakai tudung tidak sekular. Kita mempunyai masyarakat di mana mereka yang bertudung dan tidak bertudung mempertahankan negara demokratik dan sekular,” katanya.- AFP
Kenyataan dan tindakan pimpinan turki sekarang menampakkan ke arah sistem khilafah islam. Walaupun jelas, sebelum ini Turki begitu mengamalkan sekular dan ini hanya sedikit sahaja perubahan. InsyaAllah ini hanya satu langkah, teruskan langkah ke arah sistem khilafah islam. Perdana Menteri Turki juga akhirnya membenarakan ulama' terlibat dengan politik baru-baru ini walaupaun ditentang hebat oleh puak sekular di negara itu.
No comments:
Post a Comment