Sunday, October 17, 2010

Ahlus Sunnah Wal Jamaah



Fahaman wahabi, syiah, qadariah, jabariah dan banyak lagi fahaman yang menyeleweng dari aqidah Islam sebenar semakin menular di Malaysia. Kecetekan ilmu agama terutama ilmu tauhid dalam jiwa generasi muda boleh merosakkan iman dan aqidah muslim itu sendiri.

Aqidah ahlus sunnah wal jamaah adalah fahaman yang benar yang dibawa terus daripada Rasulullah dan para sahabat. Antara fahaman yang menyeleweng yang sedikit sebanyak mempergaruhi umat kita ialah:



-ada fahaman yang mengatakan Allah ini bertempat.

-kononnya mereka mengambil dalil dari al-quran,


الرحمن على العرش استوى


-mereka meletakkan makna istawa itu 'duduk'....

-mereka kata Allah duduk tapi tidak sama dengan duduk makhluk...

-fahaman ini adalah salah!!!

-rasulullah dan para sahabat tidak pernah memahami makna istawa itu sebagai Allah itu duduk tapi tak sama dengan duduk makhluk

-ulama' ahli sunnah telah mentakwil istawa itu sebagai menguasai,

Allah menguasai arasy.



.......banyak lagi fahaman sesat yang semakin parah menimpa kita dan generasi muda. Ini adalah hanya dorongan supaya kita berusaha menuntut ilmu tauhid daripada guru yang mursyid dari ahli sunnah wal jamaah bukannya sebarangan guru. Ini adalah secebis ringkasan pengenalan ahlus sunnah wal jamaah:







antara ulama' ahli sunnah




1. FAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH


- Fahaman ahli sunnah waljamaah bermaksud mereka yang mengikuti perjalanan dan sunnah Rasulullah serta para sahabat.


- Fahaman ini dipelopori oleh syeikh abu Hassan al-asya’ri dan imam abu Mansur al-maturidi.


- Golongan ahli sunnah waljamaah mempunyai ilmu yang mendalam mengenai bidang kajian tauhid, hal-hal kenabian, tentang janji Allah, mengenal syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah.


- Golongan ini berpegang dengan konsep usuluddin mengikut mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah yang azali serta menolak fahaman qadariah dan muktazilah.


- Golongan ahli sunnah juga mempunyai ilmu yang mendalam tentang saluran hadis dan sunnah dan mengetahui semua sanad sesuatu hadis.


- Antara asas-asas medotologi ahli sunnah waljamaah ialah mengutamakan nas al-Quran dan al-Sunnah mengatasi yang lain. Kedua, mentafsir al-quran dengan al-quran dan mentafsir al-quran dengan al-sunnah. Selain itu, ahli sunnah mengutamakan pendapat para sahabat, para tabi’in dan ijma’ ulama.


- Antara prinsip yang disepakati ahli sunnah waljamaah ialah al-quran merupakan kalam Allah bukan makhluk. Kedua, hanya Rasul sahaja yang maksum. Seterusnya, percaya adanya karamah para wali dan kejadian luar biasa yang diberikan oleh Allah.


~bagaimana iman anda hari ini generasi_muda~



No comments:

Post a Comment