Saturday, September 6, 2014

Tokoh Ilmuwan Hadith : Maulana Hussin bin Abdul Qadir



Maulana Hussin bin Abdul Qadir

Berusia 52 tahun .

Sudah 26 tahun menetap di Malaysia .

Maulana Hussin sangat alim Hadith , beliau memiliki Sanad Hadith hingga kepada Imam Bukhary , Imam Mazhab 4 dan terus bersanad kepada Rasululullah SAW .

Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantan .

Semasa di Majlis Habib Zein di Kelantan saya diperkenalkan dengan Maulana Hussin ini. Saya terkejut apabila dikenalkan dengan beliau . Saya sangkakan beliau orang biasa . 

Akhlak beliau sangat mulia dan merendah diri. Beliau TIDAK menimbulkan polemik dan isu kontroversi atau mengungkit perkara khilafiah untuk jadi glamour. Inilah sifat tawaddhuk yang ada pada beliau.

Beliau memang tidak popular,  tidak dikenali ramai. TETAPI ALLAH memahsyurkan beliau di kalangan para pencinta ilmu.

Beliau membuka restoran menjual roti canai . Sungguh tidak disangka beliau alim besar dalam ilmu hadith sehinggakan Baba Ghazali Sekam Pattani sekalipun masih belajar dengan beliau dan termasuk Dr Lukman anak Tn Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah masih belajar dengan beliau . 

Hatta Maulana Qari Yasin yang diiktiraf sebagai ulamak hadith dunia Islam kini, memberikan gelaran MUHAQQIQ (pentahqik hadis) kepada beliau.

Turut juga kini mengajar di Madrasah Ad-Diniyyah Al Falahiyah
Kampung Dalam Huma 
16800 Pasir Puteh
Kelantan

Sunday, December 22, 2013

Ilmu: Mujahadahlah dalam menuntutnya...


                               Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar                                                                  untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".                                                                Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Bekam: Sunnah Rasulillah dan Memenuhi Kesihatan Anda



Yang mana belum cuba, cuba cubalah.... buat 1 kali, nak berkali-kali...

Wednesday, December 18, 2013

Tuntutan Memakai SERBAN

 بسم الله الرحمــن الرحيم

Wahai sahabat-sahabat yang jantan, pakailah serban, paling kurang ketika menunaikan solat fardhu, marilah kita menghidupkan sunnah, manakah perginya laungan hebat dakwah kita jika serban pun tidak pakai. Sesungguhnya Rasulullah memakai serban.

Sabda Nabi’ Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
تعمّموا فانّ الملائكة تعمّمت
“Pakai serban olehmu bahawasanya malaikat memakai serban”

Serban juga antara pakaian sunat yang dipakai oleh para malaikat. Dan Nabi’ Muhammad yang dikasihi dan yang di cintai.

Dan Sabda Nabi’ Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
فرق بيننا وبين المشركين العمائم على القلانس
“bermula perbezaan kita orang Islam dengan orang kafir musyrikin adalah memakai serban diatas kopiah qolanswah, dan memakai kopiah sahaja itu perangai orang yahudi. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmidzi.”

Maka disini kita kena ambil perhatian secukupnya. Apakah kita hendak menyerupakan diri kita dengan kafir atau dengan Sayyiduna Rasulillah? Kata Sayyidi Tuan Guru Abdul Hamid Gunong pada mensyarahkan hadis ini “Tak Pakai serban adalah munafik” dan kata lain ulama’ tak pakai serban adalah fasik.

Marilah kita sama-sama memakai serban kerana banyak fadhilat dan faedahnya. Antaranya ;
- Mengikuti Sunnah dan barangsiapa mengikuti dan menghidupkan sunnah maka dikasihi Baginda Rasulullah
- Mendapat pahala yang berlipat ganda
- membezakan kita dengan orang kafir
-dan banyak lagi.

Sabda Nabi’
ركعتين بئمامة خير من سبعين ركعة بلا عمامة
“Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban lebih baik dari sembahyang 70 rakaat tanpa serban”
Marilah kita sama-sama menghidupkan SUNNAH, tiada guna kuat melaungkan ugama sedang tuntutan ugama diketepikan, jangan mengsia-siakan air liur yang keluar tu. 

daripada: Hamdi Razab Al-Kelantany

Sunday, October 7, 2012

Sejenak: Bersihkan Hati Dengan...


Wahai saudara-saudaraku, marilah kita sama-sama membersihkan hati dengan:

1. Menghadiri majlis zikr (majlis ilmu).
2. Senantiasa bersama orang-orang alim dan soleh.
3. Memperbanyakkan istighfar dan taubat.

Tuesday, July 10, 2012

Bersama dengan keturunan Rasulullah dari Yaman, iaitu as-Sayyid al-Habib Musa Kazeem Ja'afar As-Saqqaf Hafizohullah.

as-Sayyid al-Habib Musa Kazeem Ja'afar As-Saqqaf Hafizohullah 

JOM!
Bersama dengan keturunan Rasulullah dari Yaman, iaitu as-Sayyid al-Habib Musa Kazeem Ja'afar As-Saqqaf Hafizohullah.


          Tarikh : 10/07/2012 (Selasa)
          Tempat : MATIN, Perlis.
          Masa : 7.30 malam

Friday, March 9, 2012

Berilmu itu dengan Berguru

Membaca itu perlu; Berguru itu penting!

Pesanan buat si penuntut ilmu:

Orang yang mendalami ilmu agama tanpa guru maka " SYITANLAH GURUNYA "
Andai kita belajar sendiri tanpa pimpinan dari guru maka kita akan menggunakan akal yang mana sentiasa dipengaruhi nafsu pada hal ilmu agama bukan semua yang bertentangan dengal akal kerana banyak perkara yang wajib kita beriman terkadang diluar batasan fikiran .

Andai kita tidak berguru maka bahaya kita terutama dalam soal AQIDAH kita takut2 tersilap dan terlebih teruk akan jadi sesat . 

Diantara syarat berkat ilmu kita kena mengadap dan duduk dalam majlis ilmu yang mana ini adalah sunnah RASULULLAH SAW. 
Ulama sangat menekan PENGAJIAN BERSANAD maka dengan ini ilmu yang kita pelajari adalah sahih yang kita dalam dari guru , guru kita mempelajari dari gurunya, manakala mempelajari dari ulama khalaf , ulama' khalaf mempelajari dari ulama' salaf yang dipelajari dari sahabat RASULULLAH SAW , maka sanad jalanan yang tidak diragui yang telah diijma ulama muktabar.

Jangan tersalah faham , bukan salah baca buku. Baca buku sangat2 digalakan tetapi mesti ada guru yang memimpin kita , andai kita muskil kita rojuk pada guru , yang salah baca buku semata2 tanpa mendalami ilmu dari guru!  


(copy n paste from, TauhidKehidupan.blogspot)

Jom Ziarah!


Jom Balik Kampung!!!
Rapatkan kembali ukhwah dan silaturrahim.
Saling berpesan kearah yang lebih baik.
Semoga selamat sampai.

"ingatlah! mati itu tidak mengenal usia dan waktu"

Monday, November 14, 2011

Bahaya Fahaman al-Mujassimah

Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah


Sedikit peringatan mengenai ajaran menyeleweng, sesat lagi menyesatkan. Iaitu golongan al-Mujassimah. 


Hati-hati dengan golongan al-mujassimah.
Fahaman Wahabi (al-Mujassimah) menyeleweng drpd Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Mereka mengatakan Allah bertempat yang kononnya menggunakan dalil Al-Quran:

“dalam al-Qur'an ada ayat yg memberitahu Allah bersemayam di Arasy..adakh kita msh nk menafiknnya lg??  S U R A T A L - A ' R A F “

Padahal ayat tersebut ayat mutasyabihat….

Sesungguhnya Nabi kita lebih mengetahui bahasa arab dari orang lain. Maka terbatallah pegangan golongan al Musyabbihah al Mujasimah seperti Wahhabiah dewasa ini yang berpegang dengan zahir nas-nas al Quran dan hadis yang bersifat al Mutasyabihat yang secara zahirnya menunjukkan bahawa Allah Taala mempunyai tempat.


Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar:
ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT.

1.     Dalil Al-Quran:

 1-Firman Allah Taala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)

2.     Dalil hadis:

Sabda Rasulullah:
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa permulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya.(H.R al Bukhari)

 -Imam Saidina Ali berkata:
كان الله ولا مكان وهو الأن عليه كان
Maknanya: Allah ada pada azal(adanya tampa permulaan) dan ketika itu belum ada tempat dan dia sekarang(setelah mencipta tempat) seperti biasa ada tanpa tempat. (Dinukilkan oleh Imam Abu Mansur al Baghdadi dalam kitabnya al Farq Bainal Firaq, m/s:333)

-Imam Abu Mansur al Maturidi berkata:
إِنّ اللهَ سُبْحَانَه كَانَ وَلاَ مَكَان
Maknanya: Sesungguhnya Allah subhanahu wataal ada tanpa tempat (Kitab al Tauhid, m/s:69, karangan Imam al Maturidi)

-Imam Syafei berkata:
إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته
Maknanya: Sesungguhnya Allah Taala ada sebelum terciptanya tempat, dan selepas dicipta tempat maka Dia tetap bersifat azali(ada tanpa tempat) sepertimana sebelum Dia mencipta tempat, tidak harus berlaku pada-Nya perubahan pada zat dan sifat-sifat-Nya.( Diriwayatkan dalam kitab Ithaf al Sadatil Muttaqin, jilid 2 m/s:24.)



3.     DALIL IJMAK BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

1- Sheikh Abdul Qohir bin al Tamimi al Baghdadi telah menukilkan ijmak bahawa Maha suci Allah dari tempat:

وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
Makna: “Mereka (ahlus sunnah wal jamaah) telah bersepakat bahawa Dia (Allah) tidak bertempat”. ( Al-Farqu Baina Al-Firaq, hlm. 256)

2- Imam Abdul Malik al Juwaini berkata:

ومذهب أهل الحق قاطبة أن الله سبحانه و تعالى يتعالى عن التحييز والتخصص بالجهات
Maknanya: Dan pegangan Ahli al Haq semuannya ialah Allah Subhanahu Wataala Maha Suci dari bertempat dan arah-arah.( Kitab al Irsyad, m/s:58)


4.     Dalil Akal:

Banyak para ulamak yang menjelaskan dalil akal bagi menafikan tempat bagi Allah seperti mengatakan bahawa setiap sesuatu yang mengambil tempat atau arah maka ia perlu kepada sesuatu yang lain untuk mengkhusukan baginya tempat tersebut, maka jika ia berada pada tempat maka sudah pasti dia akan tinggal padanya lalu berlaku padanya sifat bergerak, kerana keadaan tempat tidak lari dari sifat bergerak atau diam, dan setiap yang bersifat sedemikian maka ia baharu, dan yang baharu itu tidak layak menjadi tuhan.

-Maha Suci Allah daripada tempat. Allah wujud tanpa tempat. Tempat itu makhluk. Allah tidak berhajat kpd makhluk. Jika Allah berhajat pada makhluk nescaya Allah lemah. Dan Allah lemah itu MUSTAHIL. 



Sunday, November 13, 2011

Risalah Misbahul Munir



Kitab Akidah: Risalah Misbahul Munir
Disusun Oleh: Tuan Guru Abdul Aziz Bin Ismail AlFatoni

RAMADHAN : MENUJU TAQWA ATAU LALAI

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;


Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa,

Tuesday, November 1, 2011

Takbir Muqayyad Pada Subuh 9 Zulhijjah



Salam Eidul Adha

Takbir Muqqayyad(terikat) bermaksud takbir yang dilafazkan sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardu mahupun sunat.

9 Dzul Hijjah adalah hari wuquf di Arafah. Disunnatkan kita di sini untuk berpuasa di mana Junjungan Nabi s.a.w. menyatakan bahawa kelebihan puasa Arafah, Allah Taala mengampunkan dosa dua tahun, setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Setelah sembahyang fardhu Subuh pada 9 Dzul Hijjah, disunnatkan kita bertakbir dan diteruskan takbir tersebut mengiringi apa jua sembahyang baik fardhu mahupun sunat termasuklah sembahyang jenazah dan sembahyang qadha. Ini menurut pendapat Imam Ibnu Hajar. Imam ar-Ramli pula berpendapat mula takbirnya dengan terbit fajar subuh hari Arafah.

Takbir muqayyad yang mengiringi sembahyang ini berakhir setelah sembahyang Asar pada 13 Dzul Hijjah nanti, menurut Imam Ibnu Hajar. Imam ar-Ramli berpendapat sehingga terbenam matahari pada hari tersebut (yakni hari ke-13 Dzul Hijjah).

Kesimpulan, kita disunatkan bertakbir bermula Subuh 9 Dzul Hijjah hingga Asar 13 Dzul Hijjah. Mudah-mudahan bermanfaat.

Saturday, October 15, 2011

Adakah Hanya Ini Tanda-tanda Akhir Zaman?

Dibawah adalah bencana alam yang berlaku:

Tsunami Besar





Segala yang disebut bencana alam itu adalah berlaku dengan izin Allah.








Pelbagai tanda-tanda kiamat kecil telah berlaku dan antaranya ialah berlakunya banyak bala yang diturunkan oleh Allah.






Dari Tsunami ke Gempa Bumi dan banyak lagi.











Tetapi ini hanya secebis...

Tetapi adakah hanya bala (yang disebut bencana alam) ini sebagai tanda akhir zaman?





Tahukah anda bahawa bala yang paling besar telah menimpa umat akhir zaman adalah tidak mengenal Tuhannya...
"Tidak ada Islam di akhir zaman melainkan hanya nama sahaja" -maksud hadis.

Berdasar sabda baginda diatas, jelaslah di akhir zaman, Islam hanya pada nama sahaja. Umat tidak lagi mengenal Tuhannya. Nauzubillah...

 Kata ulama' : Awal agama adalah mengenal Allah. 
Bagaimana nak kenal Allah? Ketahuilah, untuk mengenal Allah mesti mengetahui sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah. Bukan hanya kenal nama sahaja.

Sesungguhnya amatlah besar faedahnya menuntut ilmu aqidah bagi mengenal Allah.


Monday, September 26, 2011

Penjelasan Tauhid



ما معنى التوحيد؟

ج: هو إفراد القديم من المحدث كما الإمام الجنيد, ومراده بالقديم الله الذي لا بداية له, والمحث المخلوق

 (قال تعالى : (ليس كمثله شىء 
 سورة الشورى/11

Sumber: Risalah Aqidatul Muslimin

Terjemahan:


Apa Erti Tauhid?



Jawapan: Al-Imam al-Junayd berkata:



التَّوْحِيدُ إِفْرَادُ الْقَدِيـمِ مِنَ الْمُحْدَثِ
Maknanya: “Tauhid ialah menyucikan (Allah) al-Qadim (Yang Maha Sedia Ada tidak mempunyai permulaan) dari (menyerupai makhluk-Nya) yang baharu (ada yang didahului dengan tiada dan ada permulaan)”. [Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi]


Allah ta^ala berfirman:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah al-Shura: 11]


Suatu ketika Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam ditanya tentang amalan yang paling utama, lalu Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam menjawab:


إِيـمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ
Maknanya: “Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Saturday, August 27, 2011

Nabi Isa Bukan Anak Tuhan!!!

Sedikit Penyelidikan Ilmiah Mengenai Perbezaan Antara Pegangan Kristian dan Islam




Perkongsian ini adalah bertujuan untuk membawa persefahaman antara masyarakat  dan mewujudkan satu kehidupan yang hormani dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Perkongsian ini khusus untuk umat Islam.


Perbezaan pegangan Umat Islam dengan Kristian.
  • Nabi Isa ‘Alaihissalam merupakan Utusan Tuhan dan merupakan Anak Tuhan (Agama Kristian) 
  • Nabi Isa ‘Alaihissalam merupakan Utusan Allah (Rasulullah) dan Baginda Nabi Isa bukanlah anak Tuhan. (Agama Islam )
Dimanakah titik perbezaan antara pegangan umat Islam dengan Penganut agama Kristian?

Berdasarkan temubual dengan penganut Agama Kristian yang Arif tentang agamanya. Saya difahamkan bahawa  Nabi Isa ‘Alaihissalam merupakan utusan Tuhan dan merupakan Anak Tuhan. Nabi Isa merupakan yang Istimewa kerana tidak mempunyai bawa disisi manusia. Nabi Isa telah menyalibkan dirinya sampai mati untuk menebus dosa umatnya yang terdahulu. Dan Nabi Isa merupakan penyelamat kepada seluruh manusia serta merupakan Nabi Akhir Zaman (Agama Kristian).

Manakala mengikut pegangan kita Umat Islam, Nabi Isa ‘Alaihissalam merupakan manusia yang diUtuskan oleh Allah Ta’ala dan bukanlah anak Tuhan. Kenapa?

1.       Sebabnya, sekiranya Tuhan mempunyai anak, nescaya Tuhan berjantina dan mempunyai nafsu atau melakukan hubungan seks, samada melalui sexual atau atau asexual. Dan menisbahkan Tuhan berjantina dan bernafsu merupakan satu penghinaan terhadap Tuhan. Dan Nabi Isa ‘Alaihissalam tidak mempunyai bapa tidaklah pelik, semuanya dengan kekuasaan Tuhan. Macamana pula dengan Nabi Adam ‘Alaihissalam? Baginda Nabi Adam ‘Alaihissalam bukan sahaja tidak mempunyai Bapa, bahkan tidak mempunyai Ibu.  Kenapa pula Nabi Adam bukan anak Tuhan sedangkan dia tidak mempunyai Bapa dan Ibu.

2.      Manakala didalam Al Qur’an, Allah Ta’ala berfirman :
 
Maksudnya :  Dan mereka Yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."(88)
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya! (89)
langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) Yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, (90)
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91)
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. (92)
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. (93)

            Begitulah sedikit sebanyak antara kupasan rinkas mengenai salah satu perbezaan pegangan antara Islam dengan Kristian.
InsyaALLAH, kupasan sedikit sebanyak mengenai isu kedua akan dikeluarkan tak lama lagi.
Oleh,
Hamdi Razab Al Kelantany,