Saturday, October 23, 2010

KELANTAN Berkepimpinan Baru : Selangkah Mengembalikan Sistem Khilafah Islam

الله اكبر
Tengku Muhammad Faris Petra adalah Sultan Kelantan
KOTA BAHARU, 14 Sept — Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. "Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri," katanya pada siding akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.
Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu. — Bernama


Menjana pemikiran:
1. الله اكبر Daulat Tuanku. Dengan pelantikan  
Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adakah membawa ke arah mengembalikan sistem pemerintahan Khilafah Islam?? InsyaAllah....
2. Sultan Abdul Hamid merupakan khalifah Islam yang telah dijatuhkan sekaligus sistem pemerintahan islam secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki.
3. Bermula dari peringkat IPT (kepimpinan mahasiswa), bermula dari kepimpinan kampung, bermula dari kepimpinan negeri, seterusnya membawa ke arah kepimpinan negara............
bagi mengembalikan Khilafah Islam di muka bumi.
Bersama-sama menyokong kepimpinan yang ingin menegakkan ISLAM!!!






Sultan Abdul Hamid
3 Mac 1924 – Khilafah dihancurkan 3 Mac 2000 -76 tahun umat Islam menderita kerana tiada Khilafah Pada 3 Mac (Maret) 1924 Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.

Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti demokrasi, liberalisme, komunisme dan sosialisme sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan. Negara-negara tersebut mencampurkan Islam dengan sistems-sistem lain tetapi malangnya mengaku mereka melaksanakan Islam dengan sempurna. Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.
Khilafah
Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari’at Islam dan mengembang da’wah ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai arti yang sama. Banyak hadits sahih yang menunjukkan bahwa dua kata itu memiliki konotasi yang sama. Bahkan tidak ada satu nas pun, baik dalam Al-Quran maupun Al-Hadits yang menyebutkan kedua istilah itu dengan makna yang saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya. Kaum muslimin tidak harus terikat dengan salah satu dari keduanya, apakah istilah khilafah atau pun imamah. Sebab yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah makna yang ditunjukkan oleh kedua istilah itu.
Menegakkan khilafah hukumnya fardu (wajib) bagi seluruh kaum muslimin. Sebagaimana telah dimaklumi bahwa melaksanakan suatu kewajipan yang telah dibebankan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin adalah suatu keharusan yang menuntut pelaksanaan tanpa tawar menawar lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikianlah adanya dengan kewajipan menegakkan khilafah. Melalaikannya berarti merupakan salah satu perbuatan maksiat terbesar dan Allah akan mengazab para pelakunya dengan siksaan yang sangat pedih. Dalil-dalil mengenai kewajipan menegakkan khilafah bagi seluruh kaum muslimin termaktub dalam Quran, Sunnah dan Ijma’ As-Sahabat.
Dalam Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya. Dan perintah itu dalam bentuk yang tegas (pasti). Allah SWT berfirman,
‘ Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu’ (al-Maidah, 48)
‘ (Dan) Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan waspadalah engkau terhadap fitnah mereka yang hendak memalingkan dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.’ (Al-Maidah, 49)
Firman Allah SWT yang ditujukan kepada RasulNya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa firman itu dikhususkan untuk beliau. Sementara pada ayat ini tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tidak ada arti lain dalam mengangkat khilafah kecuali mewujudkan pemerintahan.
Sambungan
Dari buku yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ismail, seorang ulamak Timur Tengah
(1) Kewajipan mendirikan sistem pemerintahan Islam.
(2) Adalah berdosa jika tidak berusaha menegakkan Negara Islam.
(3) Khalifah (Imam) adalah pelindung bagi umat Islam

Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati ‘Ulil Amri’ iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajiban adanya penguasa atas kaum muslimin. Allah SWT berfirman,
‘Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri dari kamu sekalian.’ (An-Nisa, 59)
Tentu saja Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak berwujud. Sehingga menjadi jelas bahwa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, berarti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajiban menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, karena kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram yaitu menyia-nyiakan hukum syara’. Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Nafi’ yang berkata: Umar radiyallahu ‘anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
‘ Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya (lehernya) tidak ada bai’at (oath of allegiance, ketaatan kepada Khalifah), maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.’
Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya selalu ada bai’at kepada seorang Khalifah, namun tidak mewajibkan setiap muslim untuk melakukan proses bai’at kepada Khalifah secara langsung. Yang wajib adalah adanya bai’at pada pundak setiap muslim, yaitu adanya seorang Khalifah yang mempunyai hak bai’at dari setiap muslim.
-sumber: dakwah.info/ini-sejarah-kita/

Sunday, October 17, 2010

Ahlus Sunnah Wal Jamaah



Fahaman wahabi, syiah, qadariah, jabariah dan banyak lagi fahaman yang menyeleweng dari aqidah Islam sebenar semakin menular di Malaysia. Kecetekan ilmu agama terutama ilmu tauhid dalam jiwa generasi muda boleh merosakkan iman dan aqidah muslim itu sendiri.

Aqidah ahlus sunnah wal jamaah adalah fahaman yang benar yang dibawa terus daripada Rasulullah dan para sahabat. Antara fahaman yang menyeleweng yang sedikit sebanyak mempergaruhi umat kita ialah:



-ada fahaman yang mengatakan Allah ini bertempat.

-kononnya mereka mengambil dalil dari al-quran,


الرحمن على العرش استوى


-mereka meletakkan makna istawa itu 'duduk'....

-mereka kata Allah duduk tapi tidak sama dengan duduk makhluk...

-fahaman ini adalah salah!!!

-rasulullah dan para sahabat tidak pernah memahami makna istawa itu sebagai Allah itu duduk tapi tak sama dengan duduk makhluk

-ulama' ahli sunnah telah mentakwil istawa itu sebagai menguasai,

Allah menguasai arasy.



.......banyak lagi fahaman sesat yang semakin parah menimpa kita dan generasi muda. Ini adalah hanya dorongan supaya kita berusaha menuntut ilmu tauhid daripada guru yang mursyid dari ahli sunnah wal jamaah bukannya sebarangan guru. Ini adalah secebis ringkasan pengenalan ahlus sunnah wal jamaah:







antara ulama' ahli sunnah




1. FAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH


- Fahaman ahli sunnah waljamaah bermaksud mereka yang mengikuti perjalanan dan sunnah Rasulullah serta para sahabat.


- Fahaman ini dipelopori oleh syeikh abu Hassan al-asya’ri dan imam abu Mansur al-maturidi.


- Golongan ahli sunnah waljamaah mempunyai ilmu yang mendalam mengenai bidang kajian tauhid, hal-hal kenabian, tentang janji Allah, mengenal syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah.


- Golongan ini berpegang dengan konsep usuluddin mengikut mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah yang azali serta menolak fahaman qadariah dan muktazilah.


- Golongan ahli sunnah juga mempunyai ilmu yang mendalam tentang saluran hadis dan sunnah dan mengetahui semua sanad sesuatu hadis.


- Antara asas-asas medotologi ahli sunnah waljamaah ialah mengutamakan nas al-Quran dan al-Sunnah mengatasi yang lain. Kedua, mentafsir al-quran dengan al-quran dan mentafsir al-quran dengan al-sunnah. Selain itu, ahli sunnah mengutamakan pendapat para sahabat, para tabi’in dan ijma’ ulama.


- Antara prinsip yang disepakati ahli sunnah waljamaah ialah al-quran merupakan kalam Allah bukan makhluk. Kedua, hanya Rasul sahaja yang maksum. Seterusnya, percaya adanya karamah para wali dan kejadian luar biasa yang diberikan oleh Allah.


~bagaimana iman anda hari ini generasi_muda~